Program Tautan Kasih Bersama Pelajar Renang Bwomens UiTM Shah Alam
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei yang lalu, Pusat Internet PPR Kg Muhibbah dengan kerjasama bersama Pusat Internet sekitar kawasan Kuala Lumpur telah mengadakan program bersama pelajar UiTM Shah Alam. Program telah dilaksanakan bermula pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini telah disertai seramai 14 orang pelajar perempuan. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi menerangkan pelbagai kempen ICT dan kesedaran terhadap dunia internet
Program dimulakan dengan memberi pengenalan tentang Pusat Internet serta fungsi-fungsinya. Kemudian kempen-kempen seperti Klik dengan Bijak, keselamatan ketika berinternet, Mobile e-Waste, Check Your Label dan Portal Sebenarnya.my. Aktiviti menghasilkan video secara berkumpulan dengan tema “Tidak Pasti Jangan Kongsi” mendapat sambutan yang baik dengan pelbagai aksi dan tauladan yang sememangnya terjadi pada masa kini. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua kumpulan dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: